Monday, May 13, 2013

Apa itu 5S?????

LATAR BELAKANG PROGRAM AMALAN 5S
  • 5S ialah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan di Jepun oleh Dr. Thuchiya. Bermula pada tahun 1986 bila pertama kalinya 5S diperkenalkan di Singapura.
5S DI MALAYSIA
  • Pada masa yang sama 5S diperkenalkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica, dan Mexico. Dibawa dengan aktif oleh KAZIO STHUSIA dari Japan Productivity Center (JPC) pada tahun 1997.
MENGAPA 5S POPULAR?
  • Tempat kerja yang bersih dan lebih tersusun.
  • Hasilnya nyata kepada semua orang luar dan orang dalam.
  • Hasilnya nyata meningkatkan lebih banyak idea baru.
  • Semua orang akan lebih berdisiplin.
  • Operasi di pejabat dan kilang lebih senang dan selamat.
  • Menjadi kebanggaan semua orang kerana tempat kerja yang bersih dan tersusun.
  • Meningkatkan imej dan perniagaan syarikat / Organisasi.
PENGENALAN 5S
  • Satu metodologi/ pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif.
  • Berdasarkan prinsip “TEMPAT UNTUK SEMUA DAN SEMUANYA DI TEMPATNYA”.
  • Amalan 5S adalah program menyeluruh KAIZEN melibatkan semua orang dalam organisasi. Ia pendekatan berkesan memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan persekitaran tempat kerja. - http://en.wikipedia.org/wiki/Kaizen

















Apa Itu 5S???



































Amalan 5S pada asalnya merupakan amalan pengurusan yang dilaksanakan dalam sektor swasta seperti syarikat dan kilang di negara Jepun. Sejak tahun 1986, idea pengurusan pejabat daripada negara matahari terbit ini telah tersebar ke seluruh dunia termasuklah negara Malaysia melalui Dasar Pandang Ke Timur. Daripada perkataan Jepun ianya telah disesuaikan pula dengan patah perkataan dalam Bahasa Malaysia iaitu Sisih (seiri), Susun (Seiton), Sapu(Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasal Amal (Shitsuke).

Kaedah Amalan 5S adalah menjadi salah satu pendekatan terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat menjadi kemas, teratur dan kondusif yang berjaya dilaksanakan oleh jabatan kerajaan. Perlaksanaan Amalan 5S yang menyumbang kepada persekitaran berkualiti ini juga dapat melahirkan kakitangan kerajaan yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan.

Amalan ini bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta menjamin keselamatan dokumen, rekod individu dan peralatan secara berterusan.

DEFINISI SISIH (SEIRI)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

KESAN LAKSANA SISIH
 KUANTITATIF
 KUALITATIF
Penjimatan ruang
 Tempat kerja lebih selamat
Kawalan stok & produk yang cekap
 Suasana kerja lebih selesa
Masa pencarian yang pantas
 Mudah mengesan tempat/alat /bahan rosak lebih awal

DEFINISI SUSUN (SEITON)
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.

KESAN LAKSANA SUSUN 
 KUANTITATIF
 KUALITATIF
Kawalan stok & produk yang cekap
Suasana kerja lebih selesa
Masa pencarian yang pantas
Mendidik disiplin pekerja positif 
 Proses kerja lebih pantas
 Pekerja terus menjana idea kreatif
 Mengelak kesilapan dan kesalahan
 Moral pekerja tinggi
 Kadar kehilangan peralatan rendah
 Selamat ditempat kerja

Mengamalkan FIFO

DEFINISI SAPU (SEISO)
Mencuci tempat kerja denagn rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan

BAGAIMANA SAPU?
Tempat/Peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (setiap jam/setiap hari/sekali seminggu/sekali sebulan/tiga bulan sekali/enam bulan sekali/setahun sekali)

KESAN LAKSANA SAPU
 KUANTITATIF
 KUALITATIF
Sistem kawalan stok & produk lebih murah dan menjimatkan
Suasana kerja lebih selesa dan ceria
Kos kerosakan peralatan rendah
 Pekerja terus menjana idea kreatif
Proses kerja pantas dan tidak berulang "right the first time"
Moral pekerja tinggi
 KUaliti produk bertambah
Selamat ditempat kerja 
 Masa membersih lebih pantas


DEFINISI SERAGAM (SEIKETSU)
Seragam; memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan 

BAGAIMANA SERAGAM?
Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya "Standard Operation Procedure" (SOP), "Work Instruction" (WI), "Guidebook", Cartalir - "Process Flow", Gambar atau contoh fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.

KESAN LAKSANA SERAGAM
 KUANTITATIF
 KUALITATIF
Kos selenggaraan rendah
Mendidik disiplin pekerja positif
Kos overhead rendah
Pekerja menjana idea kreatif
Kecekapan proses meningkat
Kemahiran pekerja meningkat
 Kuantiti pengeluaran meningkat
Pekerja setia kepada organisasi
 Rungutan pelanggan rendah
 Imej organisasi meningkat
 Produktivit pekerja meningkat


DEFINISI SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Berdisiplin dalam melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja. 

BAGAIMANA SENTIASA AMAL?
Mematuhi panduan dan stabdard yang telah ditentukan supaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.

KESAN LAKSANA SENTIASA AMAL
 KUANTITATIF
 KUALITATIF
Kos pengeluaran rendah
Disiplin pekerja dan inovatif
Produktivit pekerja meningkat
Kemahiran pekerja meningkat
Kualiti produk / perkhidmatan meningkatkat
Kesihatan pekerja bertambah baik
 Memperoleh Sijil 5S
Pekerja setia kepada organisasi
 Kemalangan sifar ditempat kerja
Budaya kerja berpasukan yang tinggi




Friday, May 3, 2013

Prakata pengarah negeri SSMNS

Assalamualikum w.b.t.
   Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas inisiatif dalam membangunkan blog amalan 5S SSM Negeri Sembilan yang julung kali dihasilkan ini. Blog ini boleh dijadikan platform kepada semua warga kerja SSM Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat disamping menghasilkan buah fikiran dan ilmu pengetahuan yang ada untuk dikongsikan bersama dalam bentuk penulisan dan sebagainya.
    Sehubugan dengan itu saya menyeru kepada semua warga kerja SSM Negeri Sembilan untuk terlibat sama dalam memberikan idea / artikel yang difikirkan sesuai untuk bersama-sama kita kongsikan pengetahuan yang kita ada dalam membangunkan blog ini secara berterusan.
    Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam membangunkan blog ini. Semoga pembangunan blog ini akan berterusan di masa yang mendatang.

Terima kasih

Khairudin Rusli
Pengarah Negeri
SSM Negeri Sembilan