Friday, May 3, 2013

Prakata pengarah negeri SSMNS

Assalamualikum w.b.t.
   Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas inisiatif dalam membangunkan blog amalan 5S SSM Negeri Sembilan yang julung kali dihasilkan ini. Blog ini boleh dijadikan platform kepada semua warga kerja SSM Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat disamping menghasilkan buah fikiran dan ilmu pengetahuan yang ada untuk dikongsikan bersama dalam bentuk penulisan dan sebagainya.
    Sehubugan dengan itu saya menyeru kepada semua warga kerja SSM Negeri Sembilan untuk terlibat sama dalam memberikan idea / artikel yang difikirkan sesuai untuk bersama-sama kita kongsikan pengetahuan yang kita ada dalam membangunkan blog ini secara berterusan.
    Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam membangunkan blog ini. Semoga pembangunan blog ini akan berterusan di masa yang mendatang.

Terima kasih

Khairudin Rusli
Pengarah Negeri
SSM Negeri Sembilan


No comments:

Post a Comment