Tuesday, February 4, 2014

Soal Selidik Impak Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tuan/Puan,

Saya dengan  hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Untuk makluman, Bahagian Sumber Korporat dalam proses menyediakan impak pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang telah dilaksanakan di Ibu Pejabat dan setiap Pejabat Negeri/Cawangan. Sehubungan itu, satu kajiselidik kepada semua pekerja SSM perlu dijalankan sebagai salah satu pengukuran terhadap kesan pelaksanaan Amalan 5S. Antara faktor-faktor yang diambil kira di dalam kaji selidik tersebut adalah seperti berikut:

1)   Produktiviti;
2)   Kualiti;
3)   Kos;
4)   Sistem Penyampaian; dan
5)   Moral


3.     Sehubungan dengan itu, kerjasama dari setiap pekerja diperlukan bagi menjayakan kajian ini dengan menjawab soalan yang dikemukakan  di “link” berikut:- 


4.     Kaji selidik  ini bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 17 Februari 2014. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan kaji selidik ini, tuan/puan boleh menghubungi En. Khalid Mohammed di talian 03-22994932.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai

Sekian, terima kasih

AMIR BIN AHMAD
Pengarah Bahagian Sumber Korporat


No comments:

Post a Comment