Apa Itu 5S???
Amalan 5S pada asalnya merupakan amalan pengurusan yang dilaksanakan dalam sektor swasta seperti syarikat dan kilang di negara Jepun. Sejak tahun 1986, idea pengurusan pejabat daripada negara matahari terbit ini telah tersebar ke seluruh dunia termasuklah negara Malaysia melalui Dasar Pandang Ke Timur. Daripada perkataan Jepun ianya telah disesuaikan pula dengan patah perkataan dalam Bahasa Malaysia iaitu Sisih (seiri), Susun (Seiton), Sapu(Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasal Amal (Shitsuke).
Kaedah Amalan 5S adalah menjadi salah satu pendekatan terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat menjadi kemas, teratur dan kondusif yang berjaya dilaksanakan oleh jabatan kerajaan. Perlaksanaan Amalan 5S yang menyumbang kepada persekitaran berkualiti ini juga dapat melahirkan kakitangan kerajaan yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan.
Amalan ini bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta menjamin keselamatan dokumen, rekod individu dan peralatan secara berterusan.
DEFINISI SISIH (SEIRI)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
KESAN LAKSANA SISIH
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
KESAN LAKSANA SISIH
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Penjimatan ruang
|
Tempat kerja lebih selamat
|
Kawalan stok & produk yang cekap
|
Suasana kerja lebih selesa
|
Masa pencarian yang pantas
|
Mudah mengesan tempat/alat /bahan rosak lebih awal
|
DEFINISI SUSUN (SEITON)
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
KESAN LAKSANA SUSUN
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Kawalan stok & produk yang cekap
|
Suasana kerja lebih selesa
|
Masa pencarian yang pantas
|
Mendidik disiplin pekerja positif
|
Proses kerja lebih pantas
|
Pekerja terus menjana idea kreatif
|
Mengelak kesilapan dan kesalahan
|
Moral pekerja tinggi
|
Kadar kehilangan peralatan rendah
|
Selamat ditempat kerja
|
Mengamalkan FIFO
|
DEFINISI SAPU (SEISO)
Mencuci tempat kerja denagn rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan
BAGAIMANA SAPU?
Tempat/Peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (setiap jam/setiap hari/sekali seminggu/sekali sebulan/tiga bulan sekali/enam bulan sekali/setahun sekali)
KESAN LAKSANA SAPU
Tempat/Peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (setiap jam/setiap hari/sekali seminggu/sekali sebulan/tiga bulan sekali/enam bulan sekali/setahun sekali)
KESAN LAKSANA SAPU
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Sistem kawalan stok & produk lebih murah dan menjimatkan
|
Suasana kerja lebih selesa dan ceria
|
Kos kerosakan peralatan rendah
|
Pekerja terus menjana idea kreatif
|
Proses kerja pantas dan tidak berulang "right the first time"
|
Moral pekerja tinggi
|
KUaliti produk bertambah
|
Selamat ditempat kerja
|
Masa membersih lebih pantas
|
DEFINISI SERAGAM (SEIKETSU)
Seragam; memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan
BAGAIMANA SERAGAM?
Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya "Standard Operation Procedure" (SOP), "Work Instruction" (WI), "Guidebook", Cartalir - "Process Flow", Gambar atau contoh fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.
KESAN LAKSANA SERAGAM
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Kos selenggaraan rendah
|
Mendidik disiplin pekerja positif
|
Kos overhead rendah
|
Pekerja menjana idea kreatif
|
Kecekapan proses meningkat
|
Kemahiran pekerja meningkat
|
Kuantiti pengeluaran meningkat
|
Pekerja setia kepada organisasi
|
Rungutan pelanggan rendah
|
Imej organisasi meningkat
|
Produktivit pekerja meningkat
|
DEFINISI SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Berdisiplin dalam melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
BAGAIMANA SENTIASA AMAL?
Mematuhi panduan dan stabdard yang telah ditentukan supaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.
KESAN LAKSANA SENTIASA AMAL
KUANTITATIF
|
KUALITATIF
|
Kos pengeluaran rendah
|
Disiplin pekerja dan inovatif
|
Produktivit pekerja meningkat
|
Kemahiran pekerja meningkat
|
Kualiti produk / perkhidmatan meningkatkat
|
Kesihatan pekerja bertambah baik
|
Memperoleh Sijil 5S
|
Pekerja setia kepada organisasi
|
Kemalangan sifar ditempat kerja
|
Budaya kerja berpasukan yang tinggi
|
No comments:
Post a Comment