Monday, June 3, 2013

Makluman : Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di setiap Pejabat Negeri dan Cawangan tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tuan/puan,

2.     Adalah dimaklumkan pihak pengurusan telah meluluskan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (Amalan 5S) di setiap Pejabat Negeri/Cawangan pada tahun 2013. Objektif utama pelaksanaan Amalan 5S ialah meningkatkan produktiviti kerja serta mewujudkan kerjasama di kalangan warga kerja di peringkat Pejabat Negeri dan Cawangan.

3.     Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mematuhi arahan pelaksanaan Amalan 5S di dalam garis panduan sepanjang pelaksanaan Amalan 5S yang telah diedarkan sebelum ini. Untuk makluman tuan/puan, Amalan 5S ini merupakan salah satu pengukuran kepada pencapaian prestasi Pejabat Negeri dan Cawangan  bagi tahun 2013. Diharap setiap warga kerja SSM di Pejabat Negeri dan Cawangan tidak terkecuali memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan Amalan 5S dan seterusnya memperolehi Sijil Pengiktirafan dari Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) yang telah ditetapkan selewat-lewatnya pada bulan Julai 2013.

4.     Sila patuhi arahan yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Seksyen Pengurusan Pentadbiran, Bahagian Sumber Korporat selaku "Project Owner"  dan Jawatankuasa Induk Amalan 5S bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan dengan lancar. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Samsiah Ibrahim sambungan 4988 atau Encik Khalid Mohammed sambungan 4932.

Sekian.

AMIR AHMAD
Pengarah Bahagian Sumber Korporat