Tuesday, July 16, 2013

Kami bersedia!!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tuan/puan,

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan juruaudit dalaman telah selesai menjalankan pengauditan Amalan 5S di Pejabat Negeri/Cawangan. Status pelaksanaan 5S adalah berdasarkan kriteria pengauditan Amalan 5S yang telah ditetapkan dan berikut merupakan tahap pelaksanaan 5S di Pejabat Negeri/Cawangan semasa pengauditan dijalankan baru-baru ini:

Bil
Pejabat Negeri/Cawangan
Status
1.
Selangor
Bersedia
2.
Johor
Bersedia
3.
Pulau Pinang
Tidak Bersedia
4.
Perak
Bersedia
5.
Kedah
Bersedia
6.
Pahang
Bersedia
7.
Sarawak
Bersedia
8.
Sabah
Bersedia
9.
Perlis
Bersedia
10.
Melaka
Bersedia
11.
Negeri Sembilan
Bersedia
12.
Terengganu
Bersedia
13.
Kelantan
Tidak Bersedia
14.
Wilayah Persekutuan Labuan
Bersedia
15.
Tawau
Bersedia
16.
Miri
Tidak Bersedia
17.
Temerloh
Tidak Bersedia
18.
Muar
Bersedia

3.     Untuk makluman, tahap pelaksanaan yang dikategorikan sebagai ‘bersedia’ adalah melepasi syarat pensijilan dengan penambahbaikan yang minima, manakala bagi kategori yang ‘tidak bersedia’ tindakan penambahbaikan secara drastik dan maksima perlu dilaksanakan seperti yang disarankan oleh juruaudit dalaman serta merujuk kepada mentor masing-masing bagi memastikan pejabat tuan/puan telah bersedia untuk diaudit oleh MPC.

4.     Sasaran awal pensijilan yang ditetapkan ialah pada atau sebelum 31 Julai 2013 namun ia dilanjutkan sehingga bulan 30 September 2013 bagi memastikan setiap pejabat negeri/cawangan mempunyai masa dan ruang yang mencukupi untuk menjalankan penambahbaikan serta membuat persiapan yang sewajarnya sebelum diaudit oleh MPC . Pengikhtirafan Pejabat Negeri/Cawangan yang terbaik dalam melaksanakan Amalan 5S akan dimaklumkan kelak setelah selesai proses pengiraan pemarkahan.

Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam menjayakan Amalan 5S amat dihargai.

Sekian,

Setiausaha Jawatankuasa Amalan 5S
Suruhanjaya Syarikat Malaysia