Tuesday, December 30, 2014
Thursday, December 11, 2014
Apa itu penguatkuasaan seimbang atau balanced enforcement
Assalam dan
selamat sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan
hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Untuk makluman semua falsafah penguatkuasaan seimbang atau balanced
enforcement merupakan satu falsafah penguatkuasaan yang telah
diperkenalkan dan diguna-pakai di SSM semenjak tahun 2006.
3.
Apa yang dimaksudkan dengan penguatkuasaan seimbang/balanced enforcement ini
telah kerap kali dimaklumkan kepada semua warga SSM samada melalui kursus
dalaman atau luaran, sessi orientasi pekerja-pekerja baru SSM, hebahan media
massa termasuk pelaporan secara khusus di dalam Laporan Tahunan SSM.
4.
Oleh yang demikian bagi tujuan memastikan semua warga SSM memahami apa itu yang
dimaksudkan dengan penguatkuasaan seimbang/balanced enforcement Bahagian
Pematuhan telah diarahkan untuk memaklumkan apa itu penguatkuasaan seimbang
kepada semua warga SSM:
Penguatkuasaan
seimbang melibatkan 2 perkara utama berikut –
(a) Keseimbangan aktiviti
penguatkuasaan konvensional (seperti siasatan, pendakwaan, pematuhan, tawaran
kompaun) dan aktiviti mendidik serta mewujudkan kesedaran di kalangan
stakeholders SSM; dan
(b) Keseimbangan aktiviti
tindakan pendakwaan, tindakan pentadbiran & tindakan penguatkuasaan lain
(other form of regulatory actions)
|
5.
Adalah diharapkan warga SSM disemua peringkat, Bahagian dan Pejabat Negeri
& cawangan mengambil maklum berkaitan perkara di atas bagi memastikan
apabila kita ditanya oleh pihak luar berkaitan penguatkuasaan seimbang/balanced
enforcement kita boleh memberi maklum-balas dalam satu suara yang sama &
konsisten.
Sekian.
Rezy
Bahagian
Pematuhan.
Thursday, December 4, 2014
Wednesday, December 3, 2014
Tuesday, November 25, 2014
Saturday, November 22, 2014
Monday, November 3, 2014
Friday, October 24, 2014
Salam Maal Hijrah 1436h
JK amalan 5S SSM NS ingin mengucapkan salam maal hijrah 1436h, semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya...amin...
Thursday, October 16, 2014
Friday, August 29, 2014
Monday, August 25, 2014
Friday, July 25, 2014
Maghfirah
Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera.
Dikesempatan
Jumaat yang terakhir di bulan Ramadhan bagi tahun ini marilah kita MAGHFIRAH
kepada Allah SWT supaya segala amalan kita selama ini diterimaNya dan
dipertemukan kita dengan Ramadhan yang mendatang.
Insya’allah.
Salam
Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Tuhanku
Ku tidak layak
Untuk ke syurgamu
Tetapi
Tidak ku sanggup
Menanggung siksa nerakamu
Dari itu kurniakan
Keampunan padaku
Sesungguhnya Kau pengampun
Segala dosa-dosa besar
Ku tidak layak
Untuk ke syurgamu
Tetapi
Tidak ku sanggup
Menanggung siksa nerakamu
Dari itu kurniakan
Keampunan padaku
Sesungguhnya Kau pengampun
Segala dosa-dosa besar
Ilaahi
lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Wednesday, July 23, 2014
Friday, June 27, 2014
Wednesday, June 4, 2014
Friday, May 30, 2014
Wednesday, April 9, 2014
Makluman : Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Assalamualaikum
dan Salam 1Malaysia,
Y.Bhg
Dato’/Tuan/Puan,
Saya
dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2.
Adalah dimaklumkan Amalan 5S telah mendapat pengikhtirafan pensijilan dari
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2012 di peringkat Ibu Pejabat
dan seterusnya di setiap pejabat negeri/cawangan pada tahun 2013. Sehubungan
dengan itu, Bahagian Sumber Korporat (BSK) telah menjalankan kaji selidik bagi
menilai impak pelaksanaan Amalan 5S. Antara impak pelaksanaannya adalah seperti
berikut:
(i)
Masa pencarian fail adalah lebih pantas iaitu kurang dari 10 saat;
(ii)
peningkatan semangat kerjasama hasil dari amalan
gotong-royong di pejabat masing-masing;
(iii)
penjimatan ruang kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang
lebih kondusif;
(iv)
penjimatan elektrik mencatatkan penurunan sebanyak 9%;
(v)
“person in-charge” dalam Amalan 5S memberi kesan kepada budaya
kebertanggungjawaban di kalangan warga kerja SSM; dan
(vi)
menjana idea-idea yang kreatif di kalangan warga kerja SSM
dengan teknik-teknik susunan serta pencarian fail.
3.
Selain itu, sebanyak 90% responden yang
mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut memberi maklumbalas yang positif
dan berpuas hati terhadap pelaksanaan amalan 5S. Pada tahun 2014, pengurusan
SSM telah bersetuju supaya pensijilan semula dijalankan dengan MPC bagi
memastikan amalan 5S dikekalkan pada tahap yang lebih cemerlang. Tindakan
berikut perlu diambil oleh warga kerja SSM dalam mengekalkan prestasi amalan 5S
di Pejabat/Bahagian masing-masing:
(i) Pengarah
Bahagian/Pengarah Negeri/Ketua Seksyen/Ketua Unit perlu memantau dan
menjalankan pemeriksaan secara berkala;
(ii) mengemaskini
struktur organisasi, maklumat-maklumat terkini di sudut ruangan 5S termasuk
susunan fail;
(iii) amalan
gotong-royong dilaksanakan;
(iv) aktiviti promosi digerakkan di Pejabat/Bahagian
masing-masing;
(v) mengemas “workstation”masing-masing;
(vi) memastikan kebersihan tandas, ruang lobi, surau dan
persekitaran di tempat kerja secara keseluruhan berada pada tahap yang baik;
dan
(vii) melaksanakan audit secara
dalaman bagi mengukur prestasi amalan 5S di Pejabat/Bahagian masing-masing.
4.
Tuan/puan boleh menghubungi Puan Samsiah Ibrahim/Encik Khalid Mohammed
sambungan 4988/4932 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan
perkara ini.
Sekian,
terima kasih
AMIR AHMAD
PENGARAH BAHAGIAN SUMBER KORPORAT
PENGARAH BAHAGIAN SUMBER KORPORAT
Wednesday, March 5, 2014
Wednesday, February 5, 2014
Tuesday, February 4, 2014
Soal Selidik Impak Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Assalamualaikum dan Salam
1Malaysia,
Tuan/Puan,
Saya dengan hormatnya
merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman, Bahagian Sumber Korporat
dalam proses menyediakan impak pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
yang telah dilaksanakan di Ibu Pejabat dan setiap Pejabat Negeri/Cawangan.
Sehubungan itu, satu kajiselidik kepada semua pekerja SSM perlu dijalankan sebagai
salah satu pengukuran terhadap kesan pelaksanaan Amalan 5S. Antara
faktor-faktor yang diambil kira di dalam kaji selidik tersebut adalah seperti
berikut:
1) Produktiviti;
2) Kualiti;
3) Kos;
4) Sistem Penyampaian;
dan
5) Moral
3.
Sehubungan dengan itu, kerjasama dari setiap pekerja diperlukan bagi menjayakan
kajian ini dengan menjawab soalan yang dikemukakan di “link”
berikut:-
4. Kaji selidik ini bermula pada
hari ini dan akan berakhir pada 17 Februari
2014. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan kaji selidik
ini, tuan/puan boleh menghubungi En. Khalid Mohammed di talian 03-22994932.
Kerjasama
tuan/puan amat dihargai
Sekian,
terima kasih
AMIR
BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Sumber Korporat
Subscribe to:
Posts (Atom)