Assalamualaikum
dan Salam 1Malaysia,
Y.Bhg
Dato’/Tuan/Puan,
Saya
dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2.
Adalah dimaklumkan Amalan 5S telah mendapat pengikhtirafan pensijilan dari
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2012 di peringkat Ibu Pejabat
dan seterusnya di setiap pejabat negeri/cawangan pada tahun 2013. Sehubungan
dengan itu, Bahagian Sumber Korporat (BSK) telah menjalankan kaji selidik bagi
menilai impak pelaksanaan Amalan 5S. Antara impak pelaksanaannya adalah seperti
berikut:
(i)
Masa pencarian fail adalah lebih pantas iaitu kurang dari 10 saat;
(ii)
peningkatan semangat kerjasama hasil dari amalan
gotong-royong di pejabat masing-masing;
(iii)
penjimatan ruang kerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang
lebih kondusif;
(iv)
penjimatan elektrik mencatatkan penurunan sebanyak 9%;
(v)
“person in-charge” dalam Amalan 5S memberi kesan kepada budaya
kebertanggungjawaban di kalangan warga kerja SSM; dan
(vi)
menjana idea-idea yang kreatif di kalangan warga kerja SSM
dengan teknik-teknik susunan serta pencarian fail.
3.
Selain itu, sebanyak 90% responden yang
mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut memberi maklumbalas yang positif
dan berpuas hati terhadap pelaksanaan amalan 5S. Pada tahun 2014, pengurusan
SSM telah bersetuju supaya pensijilan semula dijalankan dengan MPC bagi
memastikan amalan 5S dikekalkan pada tahap yang lebih cemerlang. Tindakan
berikut perlu diambil oleh warga kerja SSM dalam mengekalkan prestasi amalan 5S
di Pejabat/Bahagian masing-masing:
(i) Pengarah
Bahagian/Pengarah Negeri/Ketua Seksyen/Ketua Unit perlu memantau dan
menjalankan pemeriksaan secara berkala;
(ii) mengemaskini
struktur organisasi, maklumat-maklumat terkini di sudut ruangan 5S termasuk
susunan fail;
(iii) amalan
gotong-royong dilaksanakan;
(iv) aktiviti promosi digerakkan di Pejabat/Bahagian
masing-masing;
(v) mengemas “workstation”masing-masing;
(vi) memastikan kebersihan tandas, ruang lobi, surau dan
persekitaran di tempat kerja secara keseluruhan berada pada tahap yang baik;
dan
(vii) melaksanakan audit secara
dalaman bagi mengukur prestasi amalan 5S di Pejabat/Bahagian masing-masing.
4.
Tuan/puan boleh menghubungi Puan Samsiah Ibrahim/Encik Khalid Mohammed
sambungan 4988/4932 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan
perkara ini.
Sekian,
terima kasih
AMIR AHMAD
PENGARAH BAHAGIAN SUMBER KORPORAT
PENGARAH BAHAGIAN SUMBER KORPORAT