Thursday, December 11, 2014

Apa itu penguatkuasaan seimbang atau balanced enforcement

Assalam dan selamat sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Untuk makluman semua falsafah penguatkuasaan seimbang atau balanced enforcement merupakan satu falsafah penguatkuasaan yang telah diperkenalkan dan diguna-pakai di SSM semenjak tahun 2006.

3.         Apa yang dimaksudkan dengan penguatkuasaan seimbang/balanced enforcement ini telah kerap kali dimaklumkan kepada semua warga SSM samada melalui kursus dalaman atau luaran, sessi orientasi pekerja-pekerja baru SSM, hebahan media massa termasuk pelaporan secara khusus di dalam Laporan Tahunan SSM.

4.         Oleh yang demikian bagi tujuan memastikan semua warga SSM memahami apa itu yang dimaksudkan dengan penguatkuasaan seimbang/balanced enforcement Bahagian Pematuhan telah diarahkan untuk memaklumkan apa itu penguatkuasaan seimbang kepada semua warga SSM:

Penguatkuasaan seimbang melibatkan 2 perkara utama berikut –

(a)  Keseimbangan aktiviti penguatkuasaan konvensional (seperti siasatan, pendakwaan, pematuhan, tawaran kompaun) dan aktiviti mendidik serta mewujudkan kesedaran di kalangan stakeholders SSM; dan

(b)  Keseimbangan aktiviti tindakan pendakwaan, tindakan pentadbiran & tindakan penguatkuasaan lain (other form of regulatory actions) 


5.         Adalah diharapkan warga SSM disemua peringkat, Bahagian dan Pejabat Negeri & cawangan mengambil maklum berkaitan perkara di atas bagi memastikan apabila kita ditanya oleh pihak luar berkaitan penguatkuasaan seimbang/balanced enforcement kita boleh memberi maklum-balas dalam satu suara yang sama & konsisten.

Sekian.

Rezy  
Bahagian Pematuhan.

Keputusan pertandingan bowling SSM NS 2014 @ Mydin Mall Seremban 2 (06/12/14) - Sabtu 10.00 am

 Tahniah kepada semua pemenang!!!!!





Wednesday, December 3, 2014