Monday, January 26, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PEJABAT SSM N.SEMBILAN - 18 RABI'ULAWWAL 1436H / 9 JANUARI 2015M (JUMAAT)

Bersempena dengan Maulidur Rasul 1436H, Pej. SSM N.Sembilan telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pej. SSM N.Sembilan pada 18 Rabi'ulawwal  1436H bersamaan 9 Januari 2015M (Jumaat) jam 11.00 pagi bertempat di bilik Mesyuarat SSM N.Sembilan. Majlis dimulai dengan alunan selawat ke atas junjungan nabi & diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Khu Shairi Bin Hamthan.


Monday, January 19, 2015

Sijil Pengikhtirafan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Tuan/puan,
 
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
 
2.     Adalah dimaklumkan Perbadanan Produktivti Malaysia (MPC) telah mengemukakan sijil pengikhtirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) kepada SSM kerana berjaya memenuhi stardard yang ditetapkan dalam penilaian audit yang telah dijalankan pada 3 Disember 2014. Skop pensijilan adalah secara keseluruhan iaitu di Ibu Pejabat dan Pejabat-Pejabat  Negeri. Bersama-sama ini saya kemukakan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dan mohon tuan/puan dapat mengemasikini pada sudut Amalan 5S di Bahagian/pejabat masing-masing.
 
3.     Pelan tindakan 5S bagi tahun 2015 akan disediakan dan dimaklumkan kepada tuan/puan pada bulan Febuari 2015 bertujuan memastikan sistem ini sentiasa diamalkan dan menjadi budaya kerja di SSM.
 
Sekian,
 
Seksyen Pengurusan Pentadbiran
Bahagian Sumber Korporat