Bersempena Earth
Day, SPA bagi pihak BPKP ingin berkongsi maklumat ringkas Set Panduan Melaksanakan Perniagaan Hijau untuk manfaat semua:
NO. BAHAGIAN
|
TAJUK BAHAGIAN
|
PENERANGAN
|
1
|
Pengenalan
|
Menerangkan mengenai
i)
Apa?
Apakah Perniagaan Hijau – perniagaan yang menghasilkan impak minimum terhadap alam
sekitar
ii)
Mengapa?
Manfaat melaksanakan perniagaan hijau i.e. pekerja-pekerja lebih sihat, manfaat kewangan
iii)
Bagaimana?
Set Panduan memberikan garis panduan untuk menjalankan perniagaan hijau melalui: -
i)
Pentadbiran – Pejabat Hijau
ii)
Rantaian Bekalan – Perolehan Hijau
iii)
Operasi Hijau
|
2
|
Objektif
|
3 objektif disediakan untuk Set Panduan ini i.e.
i)
Untuk meningkat kesedaran di kalangan korporat Malaysia
ii)
Memberi garis panduan
iii)
Mempromosi dan mendidik korporat Malaysia agar menyokong pertumbuhan hijau
|
3
|
Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia
|
Menyediakan
dasar-dasar alam sekitar di Malaysia i.e. Dasar Alam Sekitar Negara
(DASN) dan Kementerian
yang berkaitan i.e. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) & Jabatan Alam
Sekitar (DOE).
|
4
|
Pejabat Hijau
|
Menyediakan garis panduan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar di pejabat i.e.
-
Pengurangan Tenaga e.g. penyaman udara (gunakan kipas untuk menyokong unit penyaman udara)
-
Pengurangan Air e.g. pasang pili air jenis aliran rendah
-
Pengurangan Bahan-Bahan e.g. menolak surat-surat yang tidak diingini
-
Guna Semula
-
Kitar Semula e.g. dapatkan khidmat pengumpul bahan kitar semula
-
Sisa Buangan: Mengenalpasti Pelupusan Khas
-
Komitmen Pembelian Pejabat Hijau e.g. beli barangan kitar semula
-
Pensijilan
-
Contoh Pejabat Hijau e.g. SSM dan WWF
|
5
|
Perolehan Hijau
|
Menyediakan garis panduan untuk membuat keputusan perolehan dengan mengambil kira faktor alam
sekitar
e.g. memilih produk yang mempunyai label mesra alam
e.g. pilih produk yang diperbuat dari bahan kitar semula
|
6
|
Operasi Hijau
|
Menyediakan garis panduan untuk mengurangkan sisa buangan dan penggunaan sumber yang mapan semasa
penghasilan produk
e.g. jadualkan operasi pada waktu bukan puncak
e.g. pembungkusan dan pengedaran
|
7
|
Perniagaan Hijau untuk SME
|
Menyediakan garis panduan ringkas untuk SME dalam aspek perolehan dan operasi
|
8
|
Kesimpulan
|
Menyediakan anugerah-anugerah alam sekitar yang disediakan untuk syarikat-syarikat yang melaksanakan
perniagaan hijau di Malaysia
|
No comments:
Post a Comment